Daisypath Anniversary tickers

..sedetik lebih..

Saturday, March 26, 2011

Wahai perempuan yang tersenyum atas tangisan orang lain,

Kaum sejenis mu juga yang engkau lukai,

Mengapakah hanya dirimu sendiri yang difikir dan dipentingkan,

dengan alasan hanya berserah kepada jodoh

seolah-olah terlalu lemah untukmu berpaling dan mengelak

tanpa memikirkan perasaan si wanita yang engkau rampas kebahagiaannya

susah senangnya bersama pasangannya

pengorbanannya

dan kini engkau hadir dalam hidup kekasihnya

di kala kekasih berada di puncak kesejahteraan?

Wahai perempuan yang bergirang gembira atas penderitaan orang lain,

Pernahkah engkau meletakkan diri mu

di tempat si wanita itu

di kala kebahagiaan cinta dirasai

dengan keriangan yang tulus

terasa kehangatan cinta di hati

kepercayaan yang diberi untuk kekasihnya

dengan tiba-tiba engkau dapati hati si kekasih

berpaling kepada yang lain

hatinya untuk yang lain

Letakkan diri mu di tempatnya

rasailah, empatilah.

Wahai perempuan yang berbahagia atas kehancuran hati orang lain,

"Engkau tak pandai jaga laki"

"Aku tidak merebut laki mu"

"Aku bukan perampas, ini adalah suratan jodoh"

itulah alasan-alasan mu

Andaikata aku yang tak pandai jaga laki

bagaimana pula dengan dirimu

tak pandai kah jaga maruah diri

sehingga kekasih orang pun engkau ingini

Andaikata engkau tidak merebut

mengapa engkau tidak berundur awal-awal lagi

masih jua tercegat menanti

memikirkan perasaan diri sendiri

tanpa memikirkan perasaan tatkala kasih sayang yang dibina

diambil dirampas dengan sewenang-wenangnya

oleh perempuan lain

Andaikata ku tolak seseorang dari bangunan tinggi

lalu dia jatuh dan mati

maka, patutkah ku mengatakan

"Aku bukan pembunuh, ini adalah takdir, dia mati hari ini"

Ataupun

sebuah tamparan di wajah seseorang (ataupun diwajahmu)

maka, patutkah ku mengatakan

"Aku tidak melukainya, ini adalah suratan takdir wajahnya ditampar hari ini"

Meninggalkan kesan, bekas dan parut

yang berdarah

Maka tiadakah perasaan serba salah mu

hilangkah malu mu

terlalu lemahkah dirimu

(paling lemah di kalangan yang lemah,

paling lemah di kalangan semua wanita)

di mana emosimu

dan di mana akalmu

tidak bijakkah dirimu

untuk mengelak

ataupun

adakah kebodohan menguasai dirimu?

Wahai perempuan yang mendapat nikmat atas pengorbanan pedih orang lain,

Di saat ini engkau berbahagia

senyumlah, nikmatilah, bergembiralah

dan nantikanlah

tiada daya ku dendami...

tidak perlu ku menadah tangan dan berdoa

untuk mengubati hati batin ini yang dianiayai

ku pasrah

biarlah kuserahkah kepada Yang Maha Kuasa

sesungguhnya hari mu akan tiba jua

merasai kesakitan seperti yang ku alami kini

yang mana hati mu akan

dilukai, dicurangi, dikhianati

oleh insan yang engkau cintai.

Tidak perlulah aku membohongi diriku

dan dirimu

kerana jauh dilubuk hati

masih belum terlintas

masih belum terbuka jiwaku

untuk memaafkan dirimu.

by : sayu



baca bnda alah ni, mngingatkan ak kt seseorang..yg dh byk mnyakitkan hati ak..bkn seseorang juga psgnnya..mmg bnda 2 dh lama..lama giler...tp sgt terkesan kt dlm ati ni..acececece..huh, klo korang rasa kn, perghhhhh..mndarita gler beb..tp apa kan daya..bnda ttp jadi..nk taw cne ak hndle bnda ni? mcm2 ak cuba utk lupakan..lyn laki lain, msj lelaki lain..tp 2 bkn caranya..n yg pling mujarab baca yassin ari2 n baca al-quran ari2..Insyallah, tenang..:) and mmg tenang..ak berjaya lupakan or 2..cuma ak sdg blja utk melupakan perbuatannya 2..amek masa yg lamaaaa...ak arap ak dpt lupakan..


dan ak terima sbbnya perginya yg lama , Allah kurniakan kita yg lebih baik..aku sayang dia sgt2 :)

2 comments:

  1. Sgt touching and feeling...serius dpt mendalami sbb hampir serupa dgn rs hati yg pernah aku alami...takziah utk dri sndri..haha

    ReplyDelete
  2. takziah kn . . hahahah . . ;p xpe, laki bkn sekor . . heee

    ReplyDelete