Daisypath Anniversary tickers

..sedetik lebih..

Thursday, December 29, 2011

Akhirnya

Dah berkurun rasanya x update blog. Dulu azam, nk tulis blog hari2. ada yang smpai 2 3 post dlm satu hari. Haih -,-'.

Sempena dh mulakan post baru ni, aku nak cerita pasal kawan baik aku yang dah lari nun jauh ke sana. Dulu, dengan dia la aku selalu pergi kelas, aku selalu melepak, bergossip dan lain-lain lagi. aku kenal since foundation smpai la ke degree. Aku tak tahu since bila kami mula jauh. maybe aku start dulu bila aku dah mula couple dengan boyfie aku sekarang ni dan boyfriend dia plak jauh nun dekat kampung halamannya. Aku dan boyfie ku selalu la jumpa, dan dia dan boyfriend dia x selalu. Jadi, mungkin start dari tu kami mula jauh. Tapi aku sedikit musykil, sebab tu pon boleh terasa ke? sebabnya aku still pergi kelas dengan dia, satu group dengan dia, aku try dekatkan dia dengan boyfriend aku. Bagi aku, adatlah bila bercinta. Tapi aku x lupa kawan. pergi mana-mana aku ingat dia, aku tanya pesanan dia. Aku rasa la. Dia ada mengadu yang aku selalu keluar, xada dekat rumah. aku cuba makan kat rumah, bahagi masa antara boyfriend dan kawan. Bak kata boyfie aku "dia kan dah lama dengan sayang, bagi la abang pulak menikmati masa bercinta". erm, itu no comment. sebab dia nk pergi jumpa boyfie dia, and tinggalkan aku kat rumah x balik kampung pon, aku ok je. KENAPA EK?

sampai la satu masa, dia mula rapat dengan kawan baru. Ya, aku kenal dia. And at the same time orang tu pon ada problem dengan housematenya. (katanya). Pada aku, tak apa lah asalkan dia x rasa sunyi. aku tahan bila budak tu dtg rumah tidur kat bilik, dan dia pernah jugak bwk kawan dia yg lain tido bilik even dia penah ktuk org lain dok menyemak kt umah org lain. But still, aku diam. sebabnya? adat ada kawan kena saling faham memahami. Faham keadaan mereka, dan faham keadaan orang lain. Dan naik sem baru, iaitu semester sekarang ni. Naik sem, satu kejadian yang tak boleh aku lupa, aku meragui dengan kejujuran dia.

SAYA : SMS, "akak, kita sampai lambat uniten, x sempat nk byrkan sewa and amek kunci. boleh x tolong byrkan guna duit akk dulu, amekkan kunci ? nanti kita sampai kita bayar balik"

DIA : SMS, "akak x balik lagi. try tanya I*****, dia kata dia nak pindah rumah kita.

SAYA : "OK"

aku pon SMS I***** untuk meminta bantuan. heheh.

SAYA : SMS "I**, boleh x tolong byarkan dulu sewa rumah and amekkan kunci? yana balik lmbat x sempat amek kunci. I** masuk rumah kitorang kan?"

I**: SMS, "sorry, bawak duit cukup-cukup je. tapi x apa lah, tumpang bilik I** dulu. kak ika balik esok."

SAYA : gulp? SMS, "OK"

ok, macam ni. masa daftar penginapan, kawan aku tu suruh dftar sekali and pindah rumah ke Harmoni. (but dia tanya la nak pindah ke tak nak). dan dia cakap daftar la bilik lain-lain sebab kalau daftar bilik sama satu rumah dua orang je, nanti dorang suruh pindah. (Ok, logik, tapi nada dia sangat mencurigakan dan dia terus buat-buat busy lepas tu macam org sangat2 menipu)

ok, aku pon daftar la bilik lain-lain. Lepas cuti jadinya, I***** satu bilik dengan dia, dan aku sorang-sorang. Alasan?

SAYA : SMS, " akak memang nak satu bilik dengan I** ke?"
DIA : SMS, " ha? kenapa? dia satu bilik dengan akak ke? dia x cakap pon dia satu bilik dengan akak"
SAYA : SMS, "a'ah, tak apa lah, kalau akak nak masuk bilik kita, masuklah"
*****mesej tidak di balas selepas itu********

Dialog antar I** dan SAYA.

I** : mula-mula I** x pindah, tp ada problem ngn housemate, I** pon decide nak kluar. then, tengok harmoni, ada nama Kak I**, msuk je lah dalam bilik dia. I** dah bagitau kat dia I** masuk bilik dia. ehehehe
SAYA : dalam hati, "%%&*(&^%&$%$^&%*" pftttt..ye ke? ooo..tak pe lah, lagi best dok sorang2

nampak tak kecurigaan di sini? Si I kata dah bgtau, si DIA kata, "akak tak tahu pon". ok, aku pon trima je tnpa perlu kata apa-apa. Semester bermula, aku kena daftar kelas research dan perlu mencari supervisor. tapi aku daftar lambat, aku tertinggal. aku x tahu sampai kelas minggu depannya. Aku terpinga-pinga bila semua lecturer dah fully booking. Dan aku terkilan bila kawan baik aku sendiri x bagitahu yang kena cari supervisor. Alsan? TERLUPA. selama seminggu TERLUPA? aku siap tanya lagi masa aku x masuk kelas tu kena buat apa, tapi dia x mention pon benda alah tu. dan dia cakap TERLUPA? ok, fine. sebab TERLUPA dia tu, aku sengsara satu semester sebabnya, supervisor yang aku dapat tu sangat busy. tapi anugerah juga sebab Sir sangat berkualiti. :) yang terkilannya, feveret lecturer aku yang aku ingat nk jadikan dia supervisor aku, penuh. dan siap kena sindir, "tula, asyik bercinta je". ok. sangat sakit. AKU DIAM WALAU TERKILAN DENGAN DIA WAHAI KAWAN BAIK.

Kain aku sidai bawah kipas, si I** tutup kipas. Kain aku letak dekat luar rumah, mereka alih kan sesuka hati mereka sampai kena tempias hujan. (AKU DIAM MEMBISU). Aku tertinggal kunci dan mintak tolong dia bukakkan. Fone x angkat, pintu rumah x berbukak. Alasan? (FONE X DENGAR ATAS MEJA, ada ketuk pintu ke?) perghhh..macam nak pecah dah pintu tu. kalau I* balik lmbat, dia suruh aku tunggu utk bukakkan pintu, tp aku? aku diam membisu..

Hari presentation proposal, aku kelam kabut satu semester, tapi hasilnya, fully accepted. Thanx to my supervisor Dr Shahrul and my beloved friends Aliff Badrul. Kau memang terbaik. Mereka? seorang minor, seorang major. HAPPY? secara jujur, hati jahat aku memang HAPPY SANGAT SEBAB PADAN MUKA KORANG BERLAGAK DAN BUAT TAIK DENGAN AKU. hati baik? tak ada langsung kata apa-apa. aku x pernah cerita dekat siapa-siapa kecuali MAK dan BOYFRIEND. yela, dekat sapa lagi aku nak cerita kan? ok, dan sekarang aku expose dekat sini sebab dorang dah melibatkan jiran depan rumah aku. hahahhah..

Carry mark? ok, aku nk berlagak sket la. satu subjek, sorang 38, sorang 36. satu lagi subjek, sorang 36, sorang 37. guess what? kawan aku tu x pernah dapat carry mark below 40 ok. jadinya? hati jahat kata? "Padan muka". hati baik? "xperlu kata apa-apa". ok lari sket dari mengumpat.

Dorang tiba-tiba masa daftar rumah, tukar bilik aku dengan dorang tanpa beritahu. dorang pergi dftar tanpa daftar nama aku sekali, dan dorang tukar bilik aku dengan bilik dorang yang gelap tu. MOTIF? nak tukar ok, tapi perlu ke senyap2? sama dengan apa yang dorang dah buat awal-awal sem dulu. lepas tu dorang pindah rumah, tanpa bagitahu. ok, sekarang aku dah mula syak dorang ada masalah dengan aku. tapi apa salah aku? aku x de masuk bilik dorang tnpa izin, aku x pernah masuk campur hal dorang. kenapa? aku diam. aku mesej, x berbalas. sampai aku tegur jiran depan rumah yang aku baru nak berbaik, pon bermasam muka balik. macam mana? aku dah mintak maaf, still? ok.

sangat menjengkelkan ok. kawan bertahun, tapi blah dalam masa satu hari je. ok, xpe. aku trima. sekarang aku ok je. x rasa apa-apa pon sebab aku x buat salah. aku dah tawar hati asyik dipersalahkan. Kawan datang dan pergi. aku terima kalau hidup aku tanpa kawan. sebab aku memang x reti berkwan kot. ok goodbye kawan.

Wednesday, August 24, 2011

finished my 2nd year student

Blog ni dah lama ditinggalkan. almaklumlah, hidup sebagai student ni sama je hidup macam orang bekerja. Sebenarnya lagi teruk dari orang yg dah bekeluarga. Sana sini dikehendaki. Kelas merata, assignment berlambak, quiz berkumpul, midterm plak, tak ada istilah utk diungkapkan. tapi Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya habiskan tahun 2 aku sebagai seorang student U (walaupun ada lagi 2 paper, tapi tak apa, kira dah habis la tu). 
Semester ni bebanyaaaakkk la dugaan yang sangat-sangat mencabar. rasanya macam ni rasanya nanti bila kita dah berada di alam pekerjaan dan alam bekeluarga kan? Dugaan kawan, dugaan assignment, dugaan kerja kelab, dugaan bercinta dan macam-macam lagi. Daripada dugaan-dugaan ni, kita dapat belajar erti kemanusiaan, persahabatan dan siapa itu manusia yang sebenar. Betul, manusia-manusia ni ada macam-macam jenis Allah cipta. Perangai la macam-macam, tapi tetap sebaik-baik makhluk kan sebab semuanya ciptaan Allah. Kalau lah aku ni tak sabar and tak ada keluarga yang bagi bantuan, memang dah lama aku berhenti belajar. tapi bila aku fikir balik, aku berhenti sebab tekanan dari orang-orang, bukan sebab aku sendiri yang x mampu untuk belajar. so, tak macam agak kebodohan di situ bila aku berhenti sebab orang lain buat masalah? oh tidak, aku pun tersedar la balik dari lamunan terhenti aku ni. dan Alhamdulillah, aku berjaya tempuhinya.
aku nak cerita sikit la pengalaman sebagai seorang student yang banyak masalah ni. Firstly, aku nak cerita pasal assignment aku yang diberi last-last minit. Bayangkan, lagi sebulan nak final, baru lecturer sibuk nak bagi assignment. aku pon x faham tapi semua lecturer plak tu. tak tahu la sebab apa, tapi mungkin ni cara mereka. so, sebagai student ni, aku terpaksa la ikut aje. bertungkus lumus menyiapkan. dalam proses menyiapkan semua ni, berbagai ragam manusia la aku jumpa. aku ni jenis x suka buat kerja lambat and nak kena ingatkan selalu. once kita dah agihkan kerja and bgtau due date submit, masing-masing kena la pandai ikut. Hakikatnya, mereka tidak sebegitu. Hampa. aku terpaksa mendiamkan diri dan buat kerja dorang untuk standby kalau-kalau apa yang dorang buat x leh guna. sampai masanya, ya, mcm yang dah aku rasa, memang sangat x boleh guna. kalau masa semester pertama ke, kedua ke, tahun satu ke, boleh lah dimaafkan kalau tak tahu buat kerja, ni dah tahun dua akhir. so, nak cakap apa lagi? x faham jugak macam mana nak buat assignment. siap minta orang buatkan, tanya nak buat macam mana. ingat aku ni pandai sangat ke? aku pon belajar sama macam apa yg dorang belajar. 
aku dah tegur, aku dah marah, aku dah buat do no je. tapi macam tu jugak, x faham bahasa. usaha tak ada, nak senang je memanjang. boleh tak macam tu? kalau mcm tu la hidup, aku pon nak. lagi buat aku panas, bila aku dah tolong tp still cakap aku ni x ikhlas. please, aku marah kau sebab nak kau tu belajar, bukan sebab x ikhlas. dan disebabkan itu, aku dah terlalu tawar hati dengan mereka. aku tolong, lepas tu kena marah. aku marah tapi kena kutuk. ada plak, aku x pernah sebut pon nama dia, x penah pon cakap pasal dia, dia plak yang terasa. then turut cakap aku x ikhlas. nasihat aku suruh cakap kat org tu, jgn post kat fb. sebab dah nasihat la, dah maki hamun la, aku post kat fb. still, aku jahat. aku xikhlas. apakah manusia semuanya tak tahu nilai simpati dan empati? 
Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Pahang, satu event yang sangat aku tunggu-tunggu. tapi akhirnya menjadi event yang sangat aku benci dan aku sangat menyampah. first, orang atasannya yang buat program ni hanya untuk kepentingan diri dan jawatan, second, orang bawahan yang tak nak bagi kerjasama. dan nombor tiga, orang kampung sendiri. orang atasan? aku pon dikira orang atasan jugak utk program tu. aku bukan ahli kelab tu, tapi baru mendaftar. aku tak tahu menahu pasal kelab tu tapi aku cuma nak uruskan program berbuka puasa. itu sahaja. NOKTAH. tapi bila ada plak lembaga-lembaga asing yang sangat-sangat spoil mood aku, kerja orang dia nak masuk campur, aku nak cakap apa lagi? aku x kisah kalau dia masuk campur sebab apa yang aku buat tu salah, masalahnya perbuatan dia yg masuk cmpur tu buat orang lain susah dan jelas apa yang dia buat tu salah. aku tahu aku baru, tapi x dikira baru dalam uruskan program. aku dikira baru cuma dalam kelab. 1. aku juga biro program, tapi aku tak ada di war-warkan sebagai biro program. aku bukan gila jawatan, kalau betul pon aku gila jawatan, dah lama aku ungkitkan fasal benda tu dalam mesyuarat, tapi aku diam. tapi bila dah orang lain nak sebok menyalahkan aku atas apa yang bukan tugas aku, tak kan aku nak mendiamkan diri? kau sebok aku x datang untuk program malam, tapi ada kau sebok program siang mana kau menghilang? kau cuma sebok duduk dalam dewan berhawa dingin dan kau nak mengkritik orang luar yang x buat kerja? kami berhimpit, kami berpeluh di bulan puasa, kami berpanas, ada kau fikir? kami x ada kipas mahupun air conditioner. back to basic, kenapa kau nak menyalahkan aku x datang untuk malam dan sebab aku program kucar kacir? sedangkan kau biro program kan? kenapa kau nak marah MR E sedangkan kau boleh rampas hak kau dan kau boleh masuk campur dalam hal ni? thanks to him sebab dia banyak mengajar aku. hai laa kau, kenapa la kau hipokrit, gila kuasa dan gila jawatan? kau x rasional bai..aku x datang malam tu sebab aku dah bosan dengan permainan program ni. aku dah bosan dengan orang-orang yang cuma rasa diri dorang betul sedangkan dorang x letakkan tempat dorang kat situ. aku x salahkan orang atasan, MR E masuk cmpur sebab dia ada pengalaman dan aku lagi suka sebab dia pandai. tapi kenapa kau nak memaki hamun dia masuk program orang? kalau kau la yang handle, memang aku rasa lingkup program ni. sorry to say.
okay, habis dah cerita lapuk-lapuk tu semua, sekarang semuanya dah berakhir. solutions to those problem, utk pertama, aku x kan jadi group leader lagi, dan aku x kan satu group dengan orang-orang yang x nak buat kerja dan sangat-sangat backstabber. ok? then utk yg second, aku tak nak involve lagi dengan program since aku pon dah nak masuk final year. yeay ! :) 
belajar dari kesilapan i guess, thus, we will win! tak perlu lagi hirau dengan orang-orang sebegini, kita cuma pentingkan diri dan jauhi orang-orang ini. :) akhir kata :



DAN


SELAMAT MENJADI FINAL YEAR STUDENT 

Wednesday, July 6, 2011

apa erti sahabat baik ?

sejak akhir2 ni, i juz being like very annoyed to this 'girl'.
time by time she's being totally sooo annoying..ke aku yang bermasalah?
ntahlaahh..makin lama kami kenal, makin macam2 perangai aku dpt rasakan..
dia kutuk caci org yang rapat dengan dia.
dia ckp dia x ske dengan org tu.
tp dengan org tu jugak dia berkawan.
dia ckp mcm2 psl org-org ni.
tp dia berlagak baik depan org-org ni.
smpaikan 1 masa tu, aku boleh terfikir, 'boleh percaya ke dia ni?'
kenapa aku boleh terfikir mcm tu?
sebabnya, perkara yang terjadi dekat aku yg sepatutnya org terdekat je patut tahu,
boleh tersebar luas ke tempat2 lain.
and since then, aku meragui sikapnya.

dan makin lama, makin aku x faham dengan dia.
org kata, bf kita pttnya jadi kwn baik jugak kepada kawan baik kita.
tp dia sentiasa membuatkan aku jauh dengan org yang aku sayang.
dia membuatkan aku jauh dengan kawan-kawan aku.

dia berlagak sombong.
dia memilih kawan.
tapi dia mengatakan org lain yg sombong.
org lain yang x nak senyum dekat dia.
tp dia?
banyak aduan yg aku dengar.
dia sombong, dia garang.
tp aku tetap mempertahankan dia.
sebab? dia sahabat baik aku.
tp dia?
terus mendiamkan diri tanpa mempertahankan aku.
aku pelik.
aku hairan.
aku ke yang salah?
sensitif?

hari ni, sebelum dan selepas, kau caci dan kutuk org kesayangan aku.
boleh tak kau fikir perasaan aku?
kalau aku caci bf kau?
macam mana?

yes, true that he don't do his work.
but its my part and please don't interfere boleh?
i'm the leader and i know how to handle.
please think rationally.
who do the work for all this while?
you just same to others.

kau kata dulu kawan-kawan kau kenakan kau
buli kau.
tapi kenapa?
aku terfikir kenapa mereka buli kau?
kutuk dan caci kau?
aku lebih nampak yang kau bersifat cemburu.
cemburu dengan kekayaan orang lain,
cemburu dengan kejayaan orang lain,
dan cemburu dengan kebahagiaan orang lain.

kau 'touching' sana sini,
tp kau ada fikir pasal orang lain?
kau pilih kawan yang berada, tp berada sangat ke kau?
kau memilih kawan yang pandai,
pandai sangat ke kau?
kau HIPOKRIT.
yes, itu kesimpulannya.

kalau betul kau kawan aku, tolong fikirkan semula
kalau betul kau sahabat aku, tolong fikirkan semula
dan kalau betul kau boleh hidup tanpa kawan,
sila, buktikan.
sekian.

*sy sangat terkilan dan sangat lama bersabar. 

Monday, June 6, 2011

blog buat duit?

ak x taw la plak berblogger ni boleh buat duit?
iklan nuffnang 2 ek?
tp 2 la, ak nk popularkan blog ak ni pon punya la pyh..
xde sape2 ke boleh tolong?
so, disebabkan ak nk mnx tlg kt org, ak nk tagged semua org2 yg ak follow utk bantu ak dlm berblogger ni...
minta tolong ek semua....:)













ok, agak2 tajuk ni nmpak tamak haloba x?
hahaha...
duit itu bagus, tp idea lebih menjadi keutamaan..
idea menulis ni sgt bgs taw. nk taw x? waktu SPM, sy ni adalah pelajar BM A1..
tp sejak2 ble kt u ni dah guna fully english, kdg2 memang pyh nk cari perkataan dlm Malay..sgt x bgs kn?
tp nk wat cane..sistem pendidikan harus diutamakan..
kenapa ak leh dpt A? sebab ak suka menulis karangan..paling best, ak boleh tulis surat sampai seribu patah perkataan..percaya? ala, lek aaa..memang seribu pon..macam2 idea ada..
n kalau bab menulis cerita rekaan ni, memang no 1 la..boleh buat novel..tp tu dulu...
yela, dulu kan..BETUL, DULU.
sekarang?

MELAYU MUDAH LUPA

no !
so, plz help me kwn2...:)

Tuesday, April 19, 2011

..suri rumah sementara..

salam semua ! :) ari ni ak nk cter sal pngalaman jadi suri rumah sementara..
hahaha..sementara? yela, bkn kawen lagipon ;p
bgn x bape nk pagi la..(seperti biasa di hari cuti) sepatutnya pegi ke butik utk bekerja, akn tetapi sis buyung nk g kedai rmbut, gunting, cuci dan treatment. igtkan kejap je. so, i'm waiting in a car for a while and gayut2 wif my mother..what a longgggg story ! heeee..then, tgh2 gayut ni, my sis buyung 2 kol.."kamu balik, 3 jam lg amek org ok?" ha???what??going home by drive the CRV? gler la kakak sy 2..
so, dgn bernada gemuruh, dengan berbekalkan selawat dan doa, ak pon bawak la kete besar gedabak 2..slow slow slow ye yana?
yeah, memang slow pon ak bwk..tp dlm takut 2, leh lg ak melecong g beli topup. hehehehhehe...sory kakak...hahah..cdt sy abis bergayut dgn mummy.
ok, abis disitu, ak pulang. tiba2 ase ada mood nk masak. amacam? ada bran?
memang bran !
"navi, boleh x nk masak?", "boleh3"
so, sy memulakan lgkah dgn melayari internet. boleh? yela, nk cari resepi. dh bkn mcm suri2 dlu2 buku buku resepi, tp ak bkk lappy..hehehehehehheehhehehe
AYAM MASAK KURMA. yes, that's the recipe for today...agak keterlaluan kn bg yg baru mula2 nk blaja msk kn? tp xpe,dari berat boleh pndai terus..;p
nk cari brg kt umh, tp ak ni buta brg sket..so, pegi kedai naik CRV 2 balik, beli brg2..ak takut x de brg je kt umh..padahaaalll...byk!
xpe, kena beli gak. so, beli brg bawak idraki. potpetpotpet. smpi nk pgsan lyn...(so, pasni jgn byk ckp ngn ank anda yg masih kecik, sbbnya ble dorang dh pndai ckp, dorang akn jadi byk ckp)

penat beli brg, balik umh masak...hampir sejam berendam dlm dapur, akhirnya siap. then, bg ank mkn ubat lak (konon ank la)...smlm idraki nangis2 xnk mkn ubat. ak dpt idea td utk ltk ubat dlm air die. cm cte dlm tv 2, ltk pil dlm air pmpuan nk bg pengsan. dia tertipu and yes ! ak berjaya buat die tpu.
hahahahahahahahahahhahahahhahahahahah

abis bg ank mkn ubat, pegi amek sis buyung kt kedai. sebab dh 3 jam. ada mcm amek ank dari skolah x? hahhaha..idraki tertido semasa perjalanan...amek, smpi umah smbung aktiviti sebagai org single balik. ouh, i really miss it ! i really miss my single tym ! 
hahahahahhahahahahaha
btw, a good experience and sy dh bleyh kawen ! :)))  

Friday, April 15, 2011

..senyum ke telinga :)))))))))))))))..

memandangkan semalam ak cter sal nk dpt result,
result pon kuar la ari ni..
kul 10 check, kul 11 check, kul 12 check, and give up nk tggu mlm sperti yg dijanjikan..
then kul 4 ak smpi umah, gatal2 nk bkk lappy (dgn harapan ada result) and POPOOOOO !
perkataan result pon kuar..
ak dgn berdebar dan x sbrnya CLICK !
and tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ! menjerit wooooo !


ok, memang ak xsgkaaaaaa..
almaklumlah...byk la silap sem ni..pas2 yg ak paling x sgke, account leh dpt A- ? perghhhh..sbb tym final ak byk silap woo jwb..carry mark x yah ckp..tp ALHAMDULILLAH...
ak trima dgn besar ati.......:)))
n alhamdulillah, seperti yg dijanjikan ak ada 3 sem lg kt uniten ni, at least ak merasa dpt sijil DEAN ! :))
i'm very happy u knowwww...hehehehehehheheheheheh
happy ! senyum ke telinga n mlm ni nk tdo dgn lappy tersayang ! :))

p/s : sory klo korang baca ase cm ak blagak k :)) sbb ak x kesah coz i'm so proud of myself..sbb susah wooo nk dpt bnda ni sume...penaaaaaaaaaatttttttt..