..sedetik lebih..

Wednesday, August 24, 2011

finished my 2nd year student

Blog ni dah lama ditinggalkan. almaklumlah, hidup sebagai student ni sama je hidup macam orang bekerja. Sebenarnya lagi teruk dari orang yg dah bekeluarga. Sana sini dikehendaki. Kelas merata, assignment berlambak, quiz berkumpul, midterm plak, tak ada istilah utk diungkapkan. tapi Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya habiskan tahun 2 aku sebagai seorang student U (walaupun ada lagi 2 paper, tapi tak apa, kira dah habis la tu). 
Semester ni bebanyaaaakkk la dugaan yang sangat-sangat mencabar. rasanya macam ni rasanya nanti bila kita dah berada di alam pekerjaan dan alam bekeluarga kan? Dugaan kawan, dugaan assignment, dugaan kerja kelab, dugaan bercinta dan macam-macam lagi. Daripada dugaan-dugaan ni, kita dapat belajar erti kemanusiaan, persahabatan dan siapa itu manusia yang sebenar. Betul, manusia-manusia ni ada macam-macam jenis Allah cipta. Perangai la macam-macam, tapi tetap sebaik-baik makhluk kan sebab semuanya ciptaan Allah. Kalau lah aku ni tak sabar and tak ada keluarga yang bagi bantuan, memang dah lama aku berhenti belajar. tapi bila aku fikir balik, aku berhenti sebab tekanan dari orang-orang, bukan sebab aku sendiri yang x mampu untuk belajar. so, tak macam agak kebodohan di situ bila aku berhenti sebab orang lain buat masalah? oh tidak, aku pun tersedar la balik dari lamunan terhenti aku ni. dan Alhamdulillah, aku berjaya tempuhinya.
aku nak cerita sikit la pengalaman sebagai seorang student yang banyak masalah ni. Firstly, aku nak cerita pasal assignment aku yang diberi last-last minit. Bayangkan, lagi sebulan nak final, baru lecturer sibuk nak bagi assignment. aku pon x faham tapi semua lecturer plak tu. tak tahu la sebab apa, tapi mungkin ni cara mereka. so, sebagai student ni, aku terpaksa la ikut aje. bertungkus lumus menyiapkan. dalam proses menyiapkan semua ni, berbagai ragam manusia la aku jumpa. aku ni jenis x suka buat kerja lambat and nak kena ingatkan selalu. once kita dah agihkan kerja and bgtau due date submit, masing-masing kena la pandai ikut. Hakikatnya, mereka tidak sebegitu. Hampa. aku terpaksa mendiamkan diri dan buat kerja dorang untuk standby kalau-kalau apa yang dorang buat x leh guna. sampai masanya, ya, mcm yang dah aku rasa, memang sangat x boleh guna. kalau masa semester pertama ke, kedua ke, tahun satu ke, boleh lah dimaafkan kalau tak tahu buat kerja, ni dah tahun dua akhir. so, nak cakap apa lagi? x faham jugak macam mana nak buat assignment. siap minta orang buatkan, tanya nak buat macam mana. ingat aku ni pandai sangat ke? aku pon belajar sama macam apa yg dorang belajar. 
aku dah tegur, aku dah marah, aku dah buat do no je. tapi macam tu jugak, x faham bahasa. usaha tak ada, nak senang je memanjang. boleh tak macam tu? kalau mcm tu la hidup, aku pon nak. lagi buat aku panas, bila aku dah tolong tp still cakap aku ni x ikhlas. please, aku marah kau sebab nak kau tu belajar, bukan sebab x ikhlas. dan disebabkan itu, aku dah terlalu tawar hati dengan mereka. aku tolong, lepas tu kena marah. aku marah tapi kena kutuk. ada plak, aku x pernah sebut pon nama dia, x penah pon cakap pasal dia, dia plak yang terasa. then turut cakap aku x ikhlas. nasihat aku suruh cakap kat org tu, jgn post kat fb. sebab dah nasihat la, dah maki hamun la, aku post kat fb. still, aku jahat. aku xikhlas. apakah manusia semuanya tak tahu nilai simpati dan empati? 
Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Pahang, satu event yang sangat aku tunggu-tunggu. tapi akhirnya menjadi event yang sangat aku benci dan aku sangat menyampah. first, orang atasannya yang buat program ni hanya untuk kepentingan diri dan jawatan, second, orang bawahan yang tak nak bagi kerjasama. dan nombor tiga, orang kampung sendiri. orang atasan? aku pon dikira orang atasan jugak utk program tu. aku bukan ahli kelab tu, tapi baru mendaftar. aku tak tahu menahu pasal kelab tu tapi aku cuma nak uruskan program berbuka puasa. itu sahaja. NOKTAH. tapi bila ada plak lembaga-lembaga asing yang sangat-sangat spoil mood aku, kerja orang dia nak masuk campur, aku nak cakap apa lagi? aku x kisah kalau dia masuk campur sebab apa yang aku buat tu salah, masalahnya perbuatan dia yg masuk cmpur tu buat orang lain susah dan jelas apa yang dia buat tu salah. aku tahu aku baru, tapi x dikira baru dalam uruskan program. aku dikira baru cuma dalam kelab. 1. aku juga biro program, tapi aku tak ada di war-warkan sebagai biro program. aku bukan gila jawatan, kalau betul pon aku gila jawatan, dah lama aku ungkitkan fasal benda tu dalam mesyuarat, tapi aku diam. tapi bila dah orang lain nak sebok menyalahkan aku atas apa yang bukan tugas aku, tak kan aku nak mendiamkan diri? kau sebok aku x datang untuk program malam, tapi ada kau sebok program siang mana kau menghilang? kau cuma sebok duduk dalam dewan berhawa dingin dan kau nak mengkritik orang luar yang x buat kerja? kami berhimpit, kami berpeluh di bulan puasa, kami berpanas, ada kau fikir? kami x ada kipas mahupun air conditioner. back to basic, kenapa kau nak menyalahkan aku x datang untuk malam dan sebab aku program kucar kacir? sedangkan kau biro program kan? kenapa kau nak marah MR E sedangkan kau boleh rampas hak kau dan kau boleh masuk campur dalam hal ni? thanks to him sebab dia banyak mengajar aku. hai laa kau, kenapa la kau hipokrit, gila kuasa dan gila jawatan? kau x rasional bai..aku x datang malam tu sebab aku dah bosan dengan permainan program ni. aku dah bosan dengan orang-orang yang cuma rasa diri dorang betul sedangkan dorang x letakkan tempat dorang kat situ. aku x salahkan orang atasan, MR E masuk cmpur sebab dia ada pengalaman dan aku lagi suka sebab dia pandai. tapi kenapa kau nak memaki hamun dia masuk program orang? kalau kau la yang handle, memang aku rasa lingkup program ni. sorry to say.
okay, habis dah cerita lapuk-lapuk tu semua, sekarang semuanya dah berakhir. solutions to those problem, utk pertama, aku x kan jadi group leader lagi, dan aku x kan satu group dengan orang-orang yang x nak buat kerja dan sangat-sangat backstabber. ok? then utk yg second, aku tak nak involve lagi dengan program since aku pon dah nak masuk final year. yeay ! :) 
belajar dari kesilapan i guess, thus, we will win! tak perlu lagi hirau dengan orang-orang sebegini, kita cuma pentingkan diri dan jauhi orang-orang ini. :) akhir kata :



DAN


SELAMAT MENJADI FINAL YEAR STUDENT 

No comments:

Post a Comment