Daisypath Anniversary tickers

..sedetik lebih..

Thursday, December 29, 2011

Akhirnya

Dah berkurun rasanya x update blog. Dulu azam, nk tulis blog hari2. ada yang smpai 2 3 post dlm satu hari. Haih -,-'.

Sempena dh mulakan post baru ni, aku nak cerita pasal kawan baik aku yang dah lari nun jauh ke sana. Dulu, dengan dia la aku selalu pergi kelas, aku selalu melepak, bergossip dan lain-lain lagi. aku kenal since foundation smpai la ke degree. Aku tak tahu since bila kami mula jauh. maybe aku start dulu bila aku dah mula couple dengan boyfie aku sekarang ni dan boyfriend dia plak jauh nun dekat kampung halamannya. Aku dan boyfie ku selalu la jumpa, dan dia dan boyfriend dia x selalu. Jadi, mungkin start dari tu kami mula jauh. Tapi aku sedikit musykil, sebab tu pon boleh terasa ke? sebabnya aku still pergi kelas dengan dia, satu group dengan dia, aku try dekatkan dia dengan boyfriend aku. Bagi aku, adatlah bila bercinta. Tapi aku x lupa kawan. pergi mana-mana aku ingat dia, aku tanya pesanan dia. Aku rasa la. Dia ada mengadu yang aku selalu keluar, xada dekat rumah. aku cuba makan kat rumah, bahagi masa antara boyfriend dan kawan. Bak kata boyfie aku "dia kan dah lama dengan sayang, bagi la abang pulak menikmati masa bercinta". erm, itu no comment. sebab dia nk pergi jumpa boyfie dia, and tinggalkan aku kat rumah x balik kampung pon, aku ok je. KENAPA EK?

sampai la satu masa, dia mula rapat dengan kawan baru. Ya, aku kenal dia. And at the same time orang tu pon ada problem dengan housematenya. (katanya). Pada aku, tak apa lah asalkan dia x rasa sunyi. aku tahan bila budak tu dtg rumah tidur kat bilik, dan dia pernah jugak bwk kawan dia yg lain tido bilik even dia penah ktuk org lain dok menyemak kt umah org lain. But still, aku diam. sebabnya? adat ada kawan kena saling faham memahami. Faham keadaan mereka, dan faham keadaan orang lain. Dan naik sem baru, iaitu semester sekarang ni. Naik sem, satu kejadian yang tak boleh aku lupa, aku meragui dengan kejujuran dia.

SAYA : SMS, "akak, kita sampai lambat uniten, x sempat nk byrkan sewa and amek kunci. boleh x tolong byrkan guna duit akk dulu, amekkan kunci ? nanti kita sampai kita bayar balik"

DIA : SMS, "akak x balik lagi. try tanya I*****, dia kata dia nak pindah rumah kita.

SAYA : "OK"

aku pon SMS I***** untuk meminta bantuan. heheh.

SAYA : SMS "I**, boleh x tolong byarkan dulu sewa rumah and amekkan kunci? yana balik lmbat x sempat amek kunci. I** masuk rumah kitorang kan?"

I**: SMS, "sorry, bawak duit cukup-cukup je. tapi x apa lah, tumpang bilik I** dulu. kak ika balik esok."

SAYA : gulp? SMS, "OK"

ok, macam ni. masa daftar penginapan, kawan aku tu suruh dftar sekali and pindah rumah ke Harmoni. (but dia tanya la nak pindah ke tak nak). dan dia cakap daftar la bilik lain-lain sebab kalau daftar bilik sama satu rumah dua orang je, nanti dorang suruh pindah. (Ok, logik, tapi nada dia sangat mencurigakan dan dia terus buat-buat busy lepas tu macam org sangat2 menipu)

ok, aku pon daftar la bilik lain-lain. Lepas cuti jadinya, I***** satu bilik dengan dia, dan aku sorang-sorang. Alasan?

SAYA : SMS, " akak memang nak satu bilik dengan I** ke?"
DIA : SMS, " ha? kenapa? dia satu bilik dengan akak ke? dia x cakap pon dia satu bilik dengan akak"
SAYA : SMS, "a'ah, tak apa lah, kalau akak nak masuk bilik kita, masuklah"
*****mesej tidak di balas selepas itu********

Dialog antar I** dan SAYA.

I** : mula-mula I** x pindah, tp ada problem ngn housemate, I** pon decide nak kluar. then, tengok harmoni, ada nama Kak I**, msuk je lah dalam bilik dia. I** dah bagitau kat dia I** masuk bilik dia. ehehehe
SAYA : dalam hati, "%%&*(&^%&$%$^&%*" pftttt..ye ke? ooo..tak pe lah, lagi best dok sorang2

nampak tak kecurigaan di sini? Si I kata dah bgtau, si DIA kata, "akak tak tahu pon". ok, aku pon trima je tnpa perlu kata apa-apa. Semester bermula, aku kena daftar kelas research dan perlu mencari supervisor. tapi aku daftar lambat, aku tertinggal. aku x tahu sampai kelas minggu depannya. Aku terpinga-pinga bila semua lecturer dah fully booking. Dan aku terkilan bila kawan baik aku sendiri x bagitahu yang kena cari supervisor. Alsan? TERLUPA. selama seminggu TERLUPA? aku siap tanya lagi masa aku x masuk kelas tu kena buat apa, tapi dia x mention pon benda alah tu. dan dia cakap TERLUPA? ok, fine. sebab TERLUPA dia tu, aku sengsara satu semester sebabnya, supervisor yang aku dapat tu sangat busy. tapi anugerah juga sebab Sir sangat berkualiti. :) yang terkilannya, feveret lecturer aku yang aku ingat nk jadikan dia supervisor aku, penuh. dan siap kena sindir, "tula, asyik bercinta je". ok. sangat sakit. AKU DIAM WALAU TERKILAN DENGAN DIA WAHAI KAWAN BAIK.

Kain aku sidai bawah kipas, si I** tutup kipas. Kain aku letak dekat luar rumah, mereka alih kan sesuka hati mereka sampai kena tempias hujan. (AKU DIAM MEMBISU). Aku tertinggal kunci dan mintak tolong dia bukakkan. Fone x angkat, pintu rumah x berbukak. Alasan? (FONE X DENGAR ATAS MEJA, ada ketuk pintu ke?) perghhh..macam nak pecah dah pintu tu. kalau I* balik lmbat, dia suruh aku tunggu utk bukakkan pintu, tp aku? aku diam membisu..

Hari presentation proposal, aku kelam kabut satu semester, tapi hasilnya, fully accepted. Thanx to my supervisor Dr Shahrul and my beloved friends Aliff Badrul. Kau memang terbaik. Mereka? seorang minor, seorang major. HAPPY? secara jujur, hati jahat aku memang HAPPY SANGAT SEBAB PADAN MUKA KORANG BERLAGAK DAN BUAT TAIK DENGAN AKU. hati baik? tak ada langsung kata apa-apa. aku x pernah cerita dekat siapa-siapa kecuali MAK dan BOYFRIEND. yela, dekat sapa lagi aku nak cerita kan? ok, dan sekarang aku expose dekat sini sebab dorang dah melibatkan jiran depan rumah aku. hahahhah..

Carry mark? ok, aku nk berlagak sket la. satu subjek, sorang 38, sorang 36. satu lagi subjek, sorang 36, sorang 37. guess what? kawan aku tu x pernah dapat carry mark below 40 ok. jadinya? hati jahat kata? "Padan muka". hati baik? "xperlu kata apa-apa". ok lari sket dari mengumpat.

Dorang tiba-tiba masa daftar rumah, tukar bilik aku dengan dorang tanpa beritahu. dorang pergi dftar tanpa daftar nama aku sekali, dan dorang tukar bilik aku dengan bilik dorang yang gelap tu. MOTIF? nak tukar ok, tapi perlu ke senyap2? sama dengan apa yang dorang dah buat awal-awal sem dulu. lepas tu dorang pindah rumah, tanpa bagitahu. ok, sekarang aku dah mula syak dorang ada masalah dengan aku. tapi apa salah aku? aku x de masuk bilik dorang tnpa izin, aku x pernah masuk campur hal dorang. kenapa? aku diam. aku mesej, x berbalas. sampai aku tegur jiran depan rumah yang aku baru nak berbaik, pon bermasam muka balik. macam mana? aku dah mintak maaf, still? ok.

sangat menjengkelkan ok. kawan bertahun, tapi blah dalam masa satu hari je. ok, xpe. aku trima. sekarang aku ok je. x rasa apa-apa pon sebab aku x buat salah. aku dah tawar hati asyik dipersalahkan. Kawan datang dan pergi. aku terima kalau hidup aku tanpa kawan. sebab aku memang x reti berkwan kot. ok goodbye kawan.